FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Risiko Jika Suka Pakai Seluar Ketat

/
0 Comments
Bahana Seluar Ketat-women online magazine
Ketahui bahana seluar ketat disini.. Kebiasaannya ada yang memakai seluar ketat hanya kerana ingin mengikut trend pemakaian sahaja..
Anda penggemar seluar jean ketat? Hati-hati! Terlalu kerap memakai jean ketat boleh mendatangkan impak buruk pada kesihatan.
Dr.Karen Boyle dari Pusat Kesihatan Greater Baltimore Amerika Syarikat, menjelaskan pemakaian seluar jean yang terlalu ketat boleh mendorong kepada penyakit saraf.
– Ia dikenali sebagai Meralga Paresthica, penyakit yang merosakkan saraf itu menyebabkan individu sering berasa kebas, mati rasa dan sakit pada kaki. Rasa sakit itu berpunca daripada tekanan di bahagian peha.
–  Tahukah anda di inggris beribukota di London, pemakaian pakaian ketat dalam tempoh lama boleh menyebabkan kanser melanoma, iaitu kanser kulit yang sangat berbahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit.
• Tanda hitam adalah sel pigmen abnormal (melanosit) yang muncul pada kulit.
• Ia penyebab terganggunya kesuburan perempuan (endometriosis), iaitu gangguan yang sering mengakibatkan gangguan kesuburan pada perempuan.
Buku Al-Istanbuli (2006) menulis mengenai ketika seorang perempuan memakai pakaian ketat, maka pada musim sejuk pakaian itu tidak mampu menghangatkan tubuh badannya.
– Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu, perjalanan darah (pembuluh darah) juga akan terganggu.
– Keadaan akan menjadi semakin kritikal sekiranya individu menggunakan jean ketat bersama tumit tinggi. Pemakaian seluar jean ketat dan kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama membuat postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang di alami.
– Tidak hanya wanita, lelaki yang mengenakan jean terlalu ketat juga akan mengalami masalah kesihatan. Pada lelaki, pemakaian seluar jean ketat boleh meningkatkan dan menggalakkan pembiakan kulat selain mengurangkan penghasilan sperma.
Justeru, individu dinasihatkan untuk tidak kerap menggunakan seluar ketat kerana seluar ketat ini bukan sahaja boleh mendatangkan penyakit tetapi juga boleh mengundang kepada dosa. Itu sahaja perkongsian daripada kami untuk artikel ini. Semoga bermanfaat kepada anda.
Kredit foto: serbiangirl13


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook