SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mi segera jenama Samyang dari Korea itu halal.

Melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, tidak mengandungi bahan meragukan seperti didakwa sebelum ini.

“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.

“Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,” katanya dalam satu kemas kini status di Facebook, sebentar tadi.

Bulan lalu, Jakim mengesahkan siasatan  sedang dijalankan terhadap mi segera itu yang diragui status halalnya.

Sebelumnya, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Dalam pada itu, Jakim menasihatkan pengguna agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan mi segera itu.

“Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim,” katanya.

Sebelum ini, mi segera Samyang tersebut menjadi popular akibat ramai yang menyahut cabaran untuk mencuba tahap kepedasannya.

Perbualan Mr. Kim Edward mengenai status halal mee segera Samyang diviralkan

Saya pertama kali terbaca mengenai perbualan ini di dalam group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook. Mr Kim Edward merupakan konsultan halal di Korea dan melalui perbualan Facebook Messenger beliau, beliau menyatakan bahawa Samyang Hot Chicken Flavor ini tidak halal kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi. Di bawah adalah beberapa screenshots dari perbualan itu.




3. Perdebatan Antara Pro-Samyang Dan Anti-Samyang


jokerrr
Pedebatan tercetus setelah screenshots itu disebarkan. Bagi penggemar Samyang, mereka tetap merasakan mee segera Samyang itu halal kerana sudah diberi status halal oleh Korea Muslim Federation (KMF). Bagi kumpulan anti-Samyang pula, mereka bertegas bahawa itu adalah strategi pemasaran syarikat itu untuk menjual produk tidak halal kepada golongan muslim. Tetapi ada juga yang berpendapat jika rasa syubahah, jangan makan. Simple.

4. Penjelasan Dari Halal Korea Mengenai Status Mee Segera Samyang


halal Korea
Page Facebook Halal Korea mengesahkan mee Segera Samyang Hot Chicken ini adalah halal dan semua ini merupakan salah faham sahaja. Terdapat stok mee segera berkenaan dari pihak Samyang yang menggunakan packaging yang lama produk itu. Mee segera itu halal kerana menggunakan mesin yang berlainan untuk pembuatanya. Cuma ralat dari pihak Samyang kerana menggunakanpackaging sebelum mereka mendapat status halal untuk produk itu.
Jadi mee segera Samyang Hot Chicken halal untuk dimakan. Yay! Katanya mee segera Samyang ni harganya RM7.00 sepeket. Saya belum pernah cuba lagi mee segera ini, jadi kalau ada yang baik hati untuk belanja saya mee segera ni, saya sangat mengalu-alukannya. Hidup makanan pedas!