FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Bahaya Dan Kesan Merokok Kepada Wanita

/
0 Comments
5 Kesan Merokok Kepada Wanita-Women Online Magazine
Tahukah anda kepada kesan merokok kepada Wanita ? teruskan pembacaan anda di sini..
ISU mengenai peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik perbualan apabila kajian mendapati bilangan wanita yang merokok di negara ini telah meningkat 100 peratus pada 2003 berbanding pada tahun 1996.
Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi Negara.
Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti risiko menghidap penyakit kanser payu daraberbanding mereka yang tidak merokok.
Antara Kesan Merokok Kepada Kesihatan Wanita Adalah :
1.  Memberi Kesan Yang Buruk Bagi Ibu Yang Mengandung
Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayi kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan.
Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu itu mula merokok semasa bayi dalam kandungan. Selain itu juga, boleh menyebabkan mereka keguguran.
Bayi juga apabila dilahirkan akan menghadapi lebih tinggi risiko terdedah kepada jangkitan paru-paru, pengurangan keupayaan fungsi jantung, dan sindrom kematian bayi secara tiba-tiba atau sudden infant death syndrome
2. Mendapat Kanser Payudara
Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.
Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.
Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.
3.  Mengalami Kitaran Haid Yang Tidak Normal
Wanita yang merokok bermula sejak remaja boleh meningkatkan risiko putus haid dua hingga tiga tahun lebih awal daripada sepatutnya.
Masalah ketidaktentuan haid seperti pendarahan yang tidak normal, haid yang tidak teratur atau tiada haid adalah masalah yang sering dihadapi perokok wanita.
Haid yang tidak normal dan putus haid awal mungkin disebabkan oleh kesan toksik bahan kimia dalam asap rokok terhadap ovari, atau pengurangan hormon estrogen yang signifikan.
4. Menyumbang 25 Jenis Barah Berbahaya
Merokok di kalangan wanita boleh menyumbang kepada lebih 25 jenis barah. Antaranya barah pangkal rahim, mulut, paru-paru, tekak, perut, pundi kencing, pankreas dan ginjal. Sembilan puluh peratus daripada kes kanser jenis ini adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Merokok juga menyebabkan ulser atau radang perut, masalah penghadaman makanan dan gangguan selera makan. Kajian mendapati perokok wanita mempunyai 80 peratus risiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
Kajian diterbitkan Persatuan Barah Amerika Syarikat pada 1994 menunjukkan risiko kematian di kalangan pesakit barah payudara meningkat kepada 75 peratus apabila merokok dua kotak atau lebih sehari.
5. Boleh Menghadapi Penyakit Jantung
Lebih 40 peratus individu wanita didapati merokok sejak usia belasan tahun. Rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia termasuk nikotin, tar, karbon monoksid dan pencemar lain.
Kesan jangka pendek yang boleh dialami ialah kadar degupan jantung lebih laju, tekanan darah semakin naik disebabkan rangsangan hormon adrenalin.
Saluran darah menyempit manakala komponen darah seperti fibrinogen dan platelet berubah dan bertindak menjadi lebih pekat dan cenderung kepada trombosis dan kapasiti hemoglobin untuk mengangkut oksigen turut terjejas.
Bagi tempoh jangka panjang pula, dinding saluran darah boleh mengalami kerosakan dan ini akan mempercepatkan proses arterosklerosis atau trombosis sekali gus mendedahkan pesakit kepada serangan jantung dan strok.
Di beberapa negara, peningkatan kadar perokok di kalangan wanita amat membimbangkan. WHO sudah mengeluarkan laporan bertajuk ‘Women and health: today’s evidence, tomorrow’s agenda’ yang mempunyai bukti berkaitan peningkatan iklan rokok yang menjadikan wanita sebagai sasaran utama.
Data dari 151 negara menunjukkan hampir 7 peratus gadis remaja merokok, berbanding 12 peratus remaja lelaki. Mempromosi dan melindungi kesihatan wanita adalah penting bukan saja untuk hari ini malah untuk generasi akan datang.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook