FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Resepi Biskut Pelangi

/
0 Comments
resepi biskut pelangi - women online magazine
Hari ini tak tahu nak buat resepi apa? jom cuba resepi biskut pelangi dari kami..
Biskut ini dipercayai berasal dari masyarakat Itali di Amerika Syarikat pada tahun 1900-an, dalam penghormatan kepada warisan masyarakat.  Kini, biskut pelangi telah menjadi tarikan di Malaysia. Dimana ia di ubah nama seperti lidah kucing dan variasi pelangi turut dipelbagaikan di dalam kek hari jadi, kek cawan, kek gulung dan biskut.
Anda boleh mencubanya sendiri di rumah.
Antara bahan-bahan untuk resepi biskut pelangi adalah:
250 gm mentega
175 gm gula kastor
½ sudu kecil esen vanilla
50 ml putih telur
100 gm tepung gandum (diayak)
30 gm tepung jagung (diayak)
½ sudu kecil baking soda (diayak)
Cara membuat biskut pelangi adalah:
1. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil memukul. Pastikan butter dan telur bersatu dengan sempurna.
3. Akhir sekali masukkan semua bahan-bahan tepung dan kacau dengan senduk hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Gunakan 4 warna sahaja iaitu merah, kuning, hijau dan oren. Bancuh adunan denga sempurna secara berasingan.
5. Masukkan adunan kedalam piping beg. Sediakan loyang cupcake  seperti dalam gambar, sebaiknya gunakan loyang non-stick atau alas baking paper.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat.
7. Aturkan setiap warna ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celcius menggunakan api bawah sahaja selama 15 minit ( bergantung kepada oven masing-masing)
Semoga anda berjaya dalam membuat biskut pelangi ini.

by Women Online Magazine 


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook