FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Makanan untuk Bayi 7 Bulan ke Atas

/
0 Comments
makanan utk bayi 7 bulan ke atas-women online magazine
(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)
Dapatkan tips selera bayi dan resepi makanan untuk bayi. Baca selanjutnya…
Pasti anda tercari makanan yang sesuai untuk bayi anda supaya berselera makan. Kami akan berkongsi mengenai makanan untuk bayi 7 bulan ke atas.
Kebiasannya anda memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal yang hanya terhad memberikan dia bijirin segera sahaja. Mereka sepatut diperkenalkan dengan pelbagai makanan sebagai satu cara merangsang deria rasa mereka.
Makanan bayi jika di sediakan sendiri selain terjamin kebersihan, ia juga memenuhi keperluan gizinya. Pastikan juga makanan yang diberi bayi anda adalah seimbang dari segi karbohidrat, protein dan lemak.
Optimum zat makanan dengan cara memasak setiap kali menyediakan hidangan si manja. Sesetengah cara masakan boleh menghilangkan zat dan nutrien yang ada pada makanan tersebut.
Anda perlu menjadikan waktu makan itu adalah waktu yang menggembirakan. Jika si manja mendapati waktu makan adalah masa yang menggembirakan sudah pasti si manja tidak sabar untuk menunggu waktu tersebut.
Ibu atau bapa tidak boleh terus memaksa si manja untuk makan. Kaedah ini kebiasaannya tidak memberi kesan yang baik terhadap sikap si manja pada makanan. Sebaiknya memujuk dan memberitahu khasiat makanan itu jika dimakan.
Anda boleh mencuba Resepi Puri Labu & Epal
Labu kaya dengan vitamin A dan beta karoten. Beta karoten boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung. Labu adalah sumber terbaik untuk potassium, protein dan zat besi.
Biji labu juga mengandungi protein dan zat besi. Ia rendah lemak dan kalori tetapi tinggi fiber. Bahan makanan lain yang boleh di campur bersama labu termasuk epal, pisang, pic, lobak merah dan keledek.
Bahan-bahan:
  • 2 biji epal
  • Sedikit air
  • Sepotong labu (dikupas)
  • Sedikit serbuk kayu manis
Cara membuatnya:
1. Potong labu dan epal menjadi bentuk kiub
2. Rebus bahan sehingga empuk.
3. Lenyek atau kisar labu dan epal yang empuk. Taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan siap diberikan si manja.
Nota: Resepi ini sesuai untuk bayi berusia 7 bulan ke atas.
Sumber: Majalah Pa&Ma Mac
Kredit foto: nkpiks


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook