FOLLOW ADMIN/EDITOR >

PENGGUNAAN AYAT PAMPERS, BUMPER, BONET DAN JAWS

/
0 Comments

APA ITU PAMPERS, BUMPER, BONET DAN JAWS ?

Saya langsung tidak terniat nak tunjuk pandai, sekadar berkongsi pengetahun. Itu pun mungkin tidak berapa tepat. Dan saya terbuka kalau ada yang ingin membetulkan. Akan tetapi kalau tiada teguran ataubantahan, anggaplah apa yang saya tuliskan ini adalah betul. 

Saya perhatikan ada EMPAT benda yang sering orang keliru atau silap faham iaitu pampers, bumper, bonet dan jaws. 

1. PAMPERS. 

Ramai yang keliru lampin bayi seperti gambar di bawah sebagai pampers.Sebetulnya benda itu namanya 'diapers'.  PAMPERS itu adalah namajenama atau brandnya. Mungkin ada yang terkeliru kerana sering menggunakan diapers berjenama PAMPERS.
   
 

 Gambar 1: Nama generik benda alah ini adalah diapers.


 Gambar 2: Yang ini baru diapers berjenama Pampers.


ll. BUMPER

Banyak orang ingat gambar di bawah ini adalah 'bumper' tapi yang sebetulnya ia 'bump' sahaja.


Gambar 3: Benda ini banyak dipasang di jalan-jalan dalam taman perumahan bertujuan mengurangkan kelajuan kenderaan yang melaluinya. 
Ada pun bumper adalah seperi gambar di bawah. Ia adalah gambar bumber sebuah kereta.

Gambar 4: Inilah yang dinamakan bumper. Dipasang pada kereta untuk mengurangkan impak kalau berlaku perlanggaran.

lll. BONET.



 Gambar 5: Ini adalah gambar 'bonet' di mana terletaknya enjin kereta. Umumnya ia terletak dihadapan kereta, kecuali kereta VW 'kodok' yang enjinnya terletak di belakang. Saya dapati ramai yang keliru kerana ingatkan bonet itu adalah tempat letak barang di belakang kereta. Sedangkan tempat meletak barang dipanggil 'boot' dalam Bahasa Inggeris.
  

Gambar 6:  Pemandu ini dengan barangan memenuhi boot keretanya kelihatan bergerak menuju ke tempat 'car boot sale'.

lV: JAWS.

Oleh kerana kuatnya pengaruh filem 'JAWS' hingga ramai yang menyangka ikan itu beranama jaws. Sebenarnya itu adalah ikan jerung atau 'shark'.


Gambar 7: Ini adalah gambar seekor ikan jerung atau shark dan bukannya ikan jaws.


Gambar 8: Ini adalah gambaran jaw(s) atau rahang manusia.


Sekian untuk kali ini. Semoga entri ini ada manfaatnya. Sila perbetulkan saya jika apa yang saya tuliskan ini adalah tidak betul atau tidak tepat. Terima kasih.

sumber al-lavendari


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook