FOLLOW ADMIN/EDITOR >

SENARAI TEMPAT MAKAN DI SEREMBAN YANG MESTI ANDA CUBA

/
0 Comments

SENARAI TEMPAT MAKAN DI SEREMBAN YANG MESTI ANDA CUBA

Bila anda ke Seremban, mesti anda berhadapan dengan masalah mencari tempat makan yang sedap di sana bukan. Jangan risau kerana keluarga penulis dari Seremban jadi serba sedikit lokasi tempat makan sedap dan berbaloi, penulis tahu. Ini antara pilihannya.
1. Nasi Arab Damsyik, Senawang Paroi
Rata-rata yang datang singgah makan di sini akan memberikan review positif terhadap makanan di sini. Apa istimewanya? Nasi Arab Damsyik ini boleh dikatakan sangat popular. Kalau datang malam, sentiasa penuh. Bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik, sedap sangat nasi arab kat sini. Restoran Nasi Arab Damsyik ini terletak di Jalan Paroi-Senawang.




wahidayatulaswa.blogspot.com
wahidayatulaswa.blogspot.com

2. Restoran Makanan Laut Man Tomyam, Arah nak pergi ke Jelebu
Kalau makanan Thai pula paling best dan syok sekali di Restoran Man Tomyam. Sini setiap malam memang full house, warga KL ramai datang sini untuk makan seafood. Paling best tomyam pok teh, istimewanya kuah warna putih dan rasa tomyam pekat. Harga di sini juga berbaloi dan murah. Servis cepat, jadi jangan risau okay. 




sweetiesaqi.blogspot.com
sweetiesaqi.blogspot.com
sweetiesaqi.blogspot.com
sweetiesaqi.blogspot.com

3. Satay RnK, Seremban 2
Selain satay minang, satay tulang Jelebu di Senawang, ada lagi satu tempat makan jual satay iaitu Satay RnK yang terletak di Seremban 2. Penulis banyak kali datang makan satay di situ dan ternyata satay ayam mahupun daging sedap, bahagian perut juga  kenyal dan berperisa malah kuah juga sedap. Di sini, ada juga menjual makanan Thai yang lain, anda patut cuba sup tulang mereka kerana rasanya cukup marvellous. 




goodyfoodies.blogspot.com
goodyfoodies.blogspot.com

4. City Park Oriental, Seremban 2
Restoran City Park Oriental terkenal dengan makanan chinese muslim, sentiasa padat dengan pelanggan lebih-lebih lagi bila public holiday. Di sana semuanya sedap, antaranya butter prawn, tomyam campur, ikan siakap tiga rasa dan pelbagai lagi. Perlu diingatkan, hari jumaat waktu tengahari akan ditutup seketika bagi menghormati solat jumaat.




wonderfulretreats.blogspot.com
wonderfulretreats.blogspot.com

5. Restoran Flaming Grill, Garden Homes, Seremban 2.

Anda pengemar Makanan Barat? Restoran Flaming Grill Seremban 2 ini dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu, merupakan salah satu pilihan yang sangat sesuai untuk peminat tegar Makanan Barat. Terdapat pelbagai Menu seperti Grilled Chicken, Grilled Lamb, Grilled Lamb Leg, Grilled Beef, Chicken Chop, Fish n Chip yang sangat menyelerakan dengan Kualiti, Kuantiti & Harga yang sangat berpatutan menjadi tarikan utama restoran ini. Disini juga anda boleh dapat discount lagi jika sesiapa yang ada Voucher Discount RM3 untuk setiap set..Restoran ini boleh dikatakan hampir setiap bulan ada Promosi, Promosi Terkini ada boleh lihat DISINI. Menu signature Restoran Flaming Grill iaitu Flaming Grill Rice sangat disyorkan sebab butter rice dalam hidangan ini sangat istimewa. Bagi pelanggan yang beragama Islam, jangan risau dan ragu-ragu sebab semua makanan dijamin halal.


6. Restoran Nelayan, Rahang
Semua orang tahu akan kehebatan tempat makan di sini. Restoran Nelayan ini istimewa kerana ada menu khas contohnya daging kancil, rusa, landak arnab dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan di sinilah tempat terbaik untuk anda dapatkan makanan tradisi Nogori Sembilan, masak lemak cili api yang memang berapi.




supermengmalaya.blogspot.com
supermengmalaya.blogspot.com

7.  Restoran Wadi Ar-Raudhah, Rahang
Walau harga mahal tetapi sentiasa full house, itulah penangan Restoran Wadi Ar-Raudhah di Rahang. Restoran ini jadi tumpuan bila waktu tengahari sebab lauk pauk yang disajikan semuanya fresh dan pelbagai jenis lauk sampai rambang mata. Serius banyak pilihan dan rasanya juga sedap.




izzlatif.blogspot.com
izzlatif.blogspot.com

8. Mee Kari Railway Rasah, Seremban 2
Peminat mee kari boleh datang ke sini. Kenapa? Mee Kari Railway Seremban ini tidak kedekut ayam. Itulah yang menjadi tumpuan para pelanggan setianya saban hari. Kenapa nama dia mee kari railway? Suatu ketika dahulu lokasinya adalah berdekatan dengan Stesen Keretapi Seremban.




railwayrasah.blogspot.com
railwayrasah.blogspot.com

9. Haji Shariff Cendol, Bandar Seremban
Mesti ramai yang tahu akan Haji Shariff Cendol. Ini merupakan salah satu tempat makan yang bertahan lama di Seremban. Mempunyai pengaruhnya sendiri, Haji Shariff Cendol semakin berkembang dan mempunyai beberapa cawangan di daerah Seremban. Keistimewaan cendol di sini menggunakan gula enau atau gulan kabung.




hidupmausedap.blogspot.com
hidupmausedap.blogspot.com

10. Mama One Stop Bakery & Cafe, Tasik Jaya, Paroi
Jika anda inginkan makanan yang lebih ringan, anda boleh ke Mama One Stop Bakery & Cafe. Di sini terjual banyak kuih-muih tradisional seperti donut, karipap dan pelbagai lagi. Karipap mereka besar dan tidak kedekut inti, sardin dan kari ayam atau daging memang sedap dimakan ketika masih panas. Donut juga tidak kurang hebatnya, lembut. Selain menjual kuih-muih, di sini juga terdapat jualan makanan western boleh anda cuba.




fatinzach.wordpress.com
fatinzach.wordpress.com

11. Gerai Rajab, Benteng Seremban
Kalau dah ada darah dari Bukit Tinggi Sumatera, memang tak boleh dipisahkan dengan Satay Minang ni. Satay di sinilah ramai yang kata the best. Pak Rajab memang asal dari sana dan sudah berniaga lama. Kini Gerai Rajab terletak di Benteng (tengah bandar) Seremban dan dibuka dari petang sampai malam.




www.kisahtatie.com
www.kisahtatie.com



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook