FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Rupanya Sungai Paling Jernih Di Malaysia Adalah Sungai Bangang

/
0 Comments


Mungkin ramai yang fikir gambar ini diambil dari sungai di luar negara dengan melihat kejernihan airnya yang membiru dan sangat bersih. Tetapi ramai yang tidak tahu rupa-rupanya sungai sejernih ini terdapat di negeri Terengganu.

Sungai Bangang merupakan kawasan yang popular dikalangan pendaki dan menjadi persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir.

Jika teringin berkunjung ke sungai ini mungkin hanya menjadi mimpi semata-mata jika anda tidak mempunyai hati yang kental. Ini kerana untuk sampai ke sini memerlukan pendakian yang memakan masa hampir sehari dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir.

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.

Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

Bagi yang mempunyai keinginan untuk ke Sungai Bangang ini mungkin ada perlu libatkan diri dalam mana-mana persatuan pendaki. Semoga khazanah alam yang sangat berharga ini terus terjaga dan terpelihara keindahan semulajadinya.- 









Sumber : trekkerz.blogspot.my/beautifulterengganu/hikking


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook