FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Pastikan Inner Yang Dipilih Sesuai Dengan Bentuk Wajah

/
0 Comments

Pastikan Inner Yang Dipilih Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Inner Neck. Dahulu mungkin kaum wanita yang berhijab hanya menggunakan anak tudung sahaja, kini inner neck menjadi trend yang wajib untuk dimiliki.
Penggunaan inner neck boleh digayakan dengan pelbagai jenis shawl. Tambahan pula, shawl yang dijual dipasaran agak jarang, jadi inner neck berfungsi sebagai pelindung leher supaya tidak jarang atau telus ke dalam.
Pemakaian inner neck perlulah bersesuaian dengan bentuk wajah. Tak semua inner neck sesuai dengan wajah anda.
Kenalpasti jenis-jenis inner neck mengikut bentuk wajah.
1. Inner Neck Melekap
Inner neck jenis hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bujur dan berbentuk hati. Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakan inner neck jenis ini. Hal ini adalah kerana, wajah anda akan bertambah bulat.
2. Inner Awning
Pasti ramai yang tahu tentang jenis inner ini. Inner jenis awning ini mempunyai muncung yang keras dan tidak melekap. Kebanyakkan inner jenis ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk wajah yang bujur. Golongan berusia juga gemar memakai inner jenis ini kerana ia kelihatan lebih kemas. Pilih inner neck yang mempunyai potongan awning yang sedikit panjang kerana ia boleh menyembunyikan pipi anda yang tembam.
3. Inner Neck Silang
Inner neck jenis silang ini sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat. Inner neck silang akan memberikan ilusi silang di bahagian dahi, ini dapat membantu menutupi wajah bulat dan menampakkan wajah anda seakan-akan bujur. Tambahan pula potongan inner neck ini panjang sehingga menutupi pipi.
4. Inner Neck Bertingkat-Tingkat
Bagi sesiapa yang ingin tampil lain dari yang lain, anda sangat sesuai menggayakan inner neck jenis ini. Kelebihan inner neck jenis ini ialah ia dapat menyembunyikan dahi yang luas disamping menampakkan bentuk wajah yang sedikit bujur. Jika anda memiliki saiz kepala yang sedikit besar, inner neck jenis adalah tidak sesuai untuk anda.
5. Inner Neck Berdagu
Inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahitan di bahagian dagu boleh menutupi lebihan lemak di bawah dagu. Jadi, usah risau tentang dagu yang berlipat.
Tips Memilih Inner Neck
  • Pastikan anda kenali dahulu bentuk wajah anda. Jangan mengikut trend semasa walaupun inner neck tersebut tidak sesuai untuk anda.
  • Pilih jenis fabrik yang sesuai. Sebagai contoh fabrik cotton kerana ia mampu menyerap peluh. Bagi fabrik jenis lycra pula, pilih jenis yang berkualiti kerana pilihan fabrik lycra yang salah akan menyebabkan anda berasa tidak selesa.
  • Pilih saiz yang tepat untuk anda. Jangan pilih yang terlalu ketat sehingga anda berasa seperti tercekik.
  • Pilihlah warna yang sesuai dengan shawl atau selendang anda.
  • Gunakan inner neck cotton untuk selendang yang licin.
  • Jika selendang anda jarang, pakailah inner neck yang sesuai bagi menutup aurat anda.
  • Tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin sangat sesuai dipakai, namun pastikan ianya tidak terlalu sarat.

Gayakan inner neck polos kerana ia mudah untuk dipadankan dengan mana-mana selendang bercorak.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook