FOLLOW ADMIN/EDITOR >

7 Cara Menghalau Semut Tanpa Stres

/
1 Comments
cara menghalau semut di rumah - women online magazine
( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja
Jangan stres makanan atau minuman anda di masuki semut, kerana di sini ada jalan penyelesaiannya.
Semut sering mengerumi sesuatu makanan yang manis dan membuatkan kita sukar untuk menghapuskannya lalu membuang segala makanan yang tercemar akibat perbuatan semut ini. Terdapat pelbagai semut di Malaysia ada yang putih, hitam, merah dan perang.
Antaranya, semut yang bernama Coptotermes Formosanus Shiraki atau Semut Kongkiak adalah sejenis semut perang yang merupakan hama tanaman. Semut ini lebih besar daripada kerengga, bentuk semut ini besar, berbisa dan boleh dijumpai di tanah perkuburan, bukit berwarna kemerahan.
Semut Marabunta atau biasa dikenal dengan Semut Tentera (semut legion) merupakan jenis semut pemangsa agresif dalam mencari makan. Semut Marabunta menyerang secara berkelompok dengan jumlah yang sangat besar.
Jom kita ketahui cara untuk menghalau semut dari rumah anda;
1. Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula
2. Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) ke dalam bekas gula. Bau asam keping tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau.
3. Anda boleh juga meletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam kabinet supaya semut tidak membuat sarang.
4. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
5. Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6.  Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
7. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan. Kalau duduk kampung, senang sikit nak dapatkan daun sirih.
Kebiasannya untuk keperluan pengetahuan asas, kita juga perlu tahu informasi seperti di bawah ini contohnya:
Kesimpulannya, semua bahan yang anda perlukan pasti ada di dapur rumah, jadi tidak perlu binggung-binggung dengan masalah semut ini. Selamat mencuba.


You may also like

1 comment:

  1. Waah makasi banyak yaah informasinyaa! Tapi emang iya sihh, adanya semut tuh emang bikin risih banget. btw artikelnya keren sangat berguna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook