FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Resepi Kek Lapis Cadbury

/
0 Comments
resepi kek lapis cadbury - women online magazine
Pasti anda tercari-cari, apakah resepi kek lapis cadbury? Jawapannya di sini. Salin resepi ini segera dan terus mencubanya..
Tahukah anda pembuatan kek lapis ini sudah menjadi satu kemestian untuk rakyat Negeri Sarawak kerana di sana terkenal dengan penjualan kek lapis Sarawak. Sudah menjadi suatu kemestian jika anda bercuti  di Sarawakmembeli Kek lapis ini.
Maka hari ini kami dari Laman Informasi Wanita ini  berminat untuk berkongsi berkaitan resepi kek lapis Cadbury yang merupakan salah satu perisa yang sering di minati setiap yang membeli kek lapis ini. Jom kita mencuba resepi ini di rumah sekarang juga.
Antara Bahan-bahan untuk membuat kek lapis Cadbury adalah seperti di bawah;
– 200g gula halus
– 1 sudu besar ovalette
– 2 1/2 cawan tepung superfine
– 1 sudu teh baking powder
– 500g mentega berkualiti
– 400g susu pekat
– 1 sudu teh esen vanila
– 150g coklat masakan (cairkan)
– 1 sudu teh chocolate emulco
– 2 kotak Cadbury milk chocolate (saiz mini)
– 10 Biji telur
Cara-cara membuat resepi kek lapis cadbury:
1.Anda perlu pukul telur dan gula hingga kembang selepas itu, masukkan ovalette.
2.Selepas itu, masukkan tepung dan baking powder yang sudah ditapis. Pukul adunan hingga sebati, pastikan anda mempunyai seorang pembantu dalam melaksanakan misi membuat resepi kek lapis cadbury ini.
3.Pukul mentega dan susu pekat dalam mangkuk berasingan hingga kembang & gebu. Masukkan esen vanila.
4.Anda perlu campurkan adunan tepung dan mentega tadi. Lepas itu, adunkan dengan mixer secara perlahan hingga sekata.
5.Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk.
6.Masukkan coklat cair dan chocolate emulco pada mangkuk pertama. Mangkuk yang satu lagi dibiarkan putih.
7.Panaskan oven gril pada suhu 190 darjah C.
8.Masukkan adunan coklat dalam loyang segiempat 9″X9″ untuk lapisan pertama. Bakar selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan putih dan susun coklat cadbury mengikut suka. Bakar dan ulangi proses melapis adunan berselang-seli hingga habis.
9. Kek akan masak dalam tempoh 2 jam. Sejukkan kek sebelum memotong.
Sekian sahaja resepi kek lapis cadbury pada kali ini. Semoga anda dapat melakukan resepi kek lapis Cadbury ini dengan jayanya.

by Women Online Magazine


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook