FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Status Terakhir Amin Beyond Sebelum Ditembak Mati

/
0 Comments

Status Terakhir Amin Beyond Sebelum Ditembak Mati

1

Status Terakhir Amin Beyond Sebelum Ditembak Mati | Tauke restoran nasi kandar, Amin Beyond telah meninggal dunia selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, Georgetown awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali Syed Amin Zainul Abidin yang memandu kereta Mercedes Benz dikatakan berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad menyatakan seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu.
Empat das tembakan mengenai badan peniaga itu manakala satu das lagi mengenai bahagian kepala membuatkan mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Suspek turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan tetapi gagal menemui sasaran.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook