FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Fizo Mawar Kitchen dah bankrupt gara gara kritikan blogger ?

/
0 Comments

Semalam , ada rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari g makan kat Fizo Mawar Kitchen bersama keluarganya. Ni kali kedua dia pergi. Kali pertama dia pergi , katanya service memang out ! Bermakna isu sebelum tu adalah benar.. Dan kali ni dia pergi , dengan harapan ada perubahan. Apakah ada perubahan ? 

Komennya selepas kunjungan kedua ialah.. 
  • Service cepat giler ! 
  • Ramai pelanggan 
  • Makanan sedap ala tekak Kelate 
  • Harga , ok.. 
Senyum je kengkawan yang baca.. Dan sepatutnya , rakan blogger yang mengkritik FMK sebelum tu mendapat kredit ! Ini kerana selepas kritikan tu , perubahan dilakukan dengan sebaik mungkin dan ini memberikan impak positif pada restoran tersebut.
Persoalannya.. Bankrupt ke selepas dikritik ? Tidak kan ? Malah ramai je turun padang untuk turut sama membuat review tak formal..  Apakah 'periuk nasi' peniaga tertutup selepas tu ? Takde pon kan? Hurmmm...
Janganlah ingat blogger ni bila kritik , niatnya adalah buruk ! Takde sapa nak jatuhkan sapa sapa. Tujuannya hanyalah untuk meminta penambahbaikan. Faham faham je la.. makan di luar sekarang bukanlah murah. Dah tentu nak hasil yang berbaloi kan ? Meniaga kena ikhlas. Nak untung banyak ke sikit ke .. tu terpulang.. tapi sila berikan pulangan yang berbaloi pada pelanggan. Bayar mahal tapi sedap pon pelanggan tak kan nak berkata apa apa .. Telan je la..

Ada yang kata , kritik depan depan.. Bagitau pengurus atau pemilik. Ada manusia , tak leh terima kritikan depan depan. Atau ada pulak orang tak leh tau nak berkata depan orang lain.. Pelbagai alasan.. Tapi ni zaman media sosial.. Kritikan secara terbuka juga adalah satu ruang promosi percuma. Pantas amik tindakan dan betulkan kelemahan.

Nasihat untuk aku dan korang ... sila amik peluang atas setiap kritikan terhadap kita dengan memperbaiki kekurangan agar dapat memberikan yang terbaik buat mereka yang menginginkannya ! Moga perubahan akan memberi impak positif seterusnya menjalinkan kehidupan yang lebih cemerlang dan terbilang.. Eceh.. 

Selamat maju jaya buat peniaga semua. Jap lagi nak try satu lagi restoran.. Ada member kata sedap kat Kuantan ni.. Hehehe...

Kepada FMK .. sila berterima kasih pada blogger yang kritik anda dulu.. Sekurangnya anda dah dapat promosi percuma.. Arghh.. Rugi giler promote dia ! 

Sumber: benashaari.com


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook