FOLLOW ADMIN/EDITOR >

KELEBIHAN WANITA YANG TIDUR GANAS

/
0 Comments


Wanita yang tidurnya ganas, biasanya akan dapat lelaki yang tidurnya sopan saja. Lelaki yang kerap demam biasanya dapat wanita yang jarang demam. Tetapi sekali dia demam, memang parah. Wanita yang agak boros biasanya dapat lelaki yang pandai berjimat.

Lelaki yang tidak reti mengemas, barang sendiri pun tak pernah nak disusun sampai semua barang letak di atas meja biasanya dapat wanita yang suka mengemas, suka keindahan, teratur sahaja barang-barangnya.

Nampak?

Allah sudah siapkan pasangan itu bukan semuanya seperti yang kita nak dan suka. Tetapi disatukan sesuatu yang tidak sempurna untuk disempurnakan bila bersama. 

Jangan ragu-ragu dengan aturan Allah, selagi baik agama dan akhlaknya. Jangan persiakan apa yang anda ada. 

Jika seseorang itu banyak ketawa, dia sebenarnya kesepian. Jika seseorang itu banyak tidur, dia sebenarnya kesedihan. Jika seseorang itu tidak banyak cakap tetapi laju bila bercakap, dia sebenarnya berahsia. Jika seseorang itu tidak menangis, dia sebenarnya lemah. 

Jika seseorang itu makan dengan gelojoh, dia sebenarnya tertekan. Jika seseorang itu menangis kerana perkara kecil, dia sebenarnya lemah lembut. Jika seseorang itu cepat marah walahpun tentang perkara-perkara kecil, dia sebenarnya perlukan kasih sayang. - Ustaz Dr Mia


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook