FOLLOW ADMIN/EDITOR >

4 TIP KECANTIKAN PELIK, BERANI CUBA?

/
0 Comments
Thailand Snail Slime Massage
Demi kecantikan, kami yakin ramai yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia mungkin sesuatu yang menyakitkan ataupun menggelikan. Apa yang penting adalah hasil yang diperolehi nanti. Sebagai contoh adalah rawatan kecantikan seperti berikut, anda berani cuba?
Lulur wajah dengan najis burung Nightingale, Merpati dan Bulbul
Rawatan dengan menyapu najis burung yang dikenali sebagai Geisha Facial ini terkenal dalam kalangan wanita Jepun. Rawatan yang meloyakan ini semakin popular di seluruh dunia, sehinggakan ramai selebriti seperti Tom Cruise dan Victoria Beckham turut mengamalkannya. Sapuan najis ini dikatakan membantu membuka pori wajah, anti-jerawat dan menjadikan kulit lebih cerah.
Basuh wajah dengan madu
Mungkin ada dalam kalangan anda merasa membazir dan sangat melekit pada wajah dengan teknik ini. Namun, kandungan madu yang bersifat anti-radang dan menyegarkan ini mampu membersihkan wajah dengan lebih mendalam dan turut berkuasa dalam menganjalkan kulit.
Rawatan lendir siput
Rahsia pelakon Katie Holmes kini menjadi ikutan apabila kesannya dapat dilihat pada kulit selebriti ini. Rawatan yang pada awalnya popular di Korea dan Afrika ini semakin mendapat sambutan sehingga terhasilnya krim dan mask wajah lendir siput di pasaran. Ia dikatakan mampu merawat parut dan mencegah kedutan.
Merapi rambut dengan mayonis
Jika anda kehabisan perapi, apa kata gantikan dengan beberapa sudu mayonis yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk. Sapukan selama 20 minit dan untuk lebih rata dan sekata, gunakan pengering rambut supaya mayonis dapat merebak dari akar hingga hujung rambut anda.
Bersedia untuk cuba?


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook