FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Ketahui 7 Jenis Wanita Yang Sering Diceraikan Oleh Suami Mereka

/
0 Comments

Ketahui 7 Jenis Wanita Yang Sering Diceraikan Oleh Suami Mereka | Ketahui umun,wanita zaman sekarang lagi ramai dari lelaki,jangan ingat put nak cerita lelaki boleh kahwin ramai,ni nak cerita kenapa dan jenis wanita yang sering kali dicerai oleh suami mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya." - (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya & berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami & anak-anaknya.
Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan & baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri & harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama & ketebalan imannya terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah & mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia & akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Jika tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang Allah s.w.t. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai Allah s.w.t.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Apa-apa pun semua manusia inginkan pasangan sempurna,hakikatnya kita sebagai manusia tidak sesempurna seperti Rasulullah s.a.w. tetapi kita sebagai pelengkap,mana suami kurang isteri akan melengkapkan dan sebaliknya,suami yang baik untuk isteri yang baik,jika dapat mana-mana kurang cuba muhasbah diri.. jangan salahkan satu pihak sahaja. Selamat tiap-tiap malam jumaat.hehehe


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook