FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita

/
0 Comments
ciri lelaki idaman wanita - women online magazine
( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Jom ketahui ciri-ciri lelaki idaman wanita di sini. Teruskan pembacaan anda sehingga ke ayat yang terakhir.
Pada zaman sekarang lelaki sejati tidak terbatas pada paras rupa mahupun bentuk tubuh yang tegap semata-mata. Syarat utama menjadi lelaki sejati dan berkualiti adalah mempunyai karier tetap sebagai jaminan di masa hadapan.
Sungguhpun begitu sebagai seorang wanita, anda harus berhati-hati dalam memilih teman hidup. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelaki sejati dan berkualiti itu adalah lelaki yang tampan dan memiliki banyak wang, padahal tidak semestinya. Gelaran lelaki sejati dan berkualiti ada ciri-ciri lainnya yang sering menjadi dambaan ramai wanita.  Jom semak!
CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA
1. Beragama dalam ibadah
Ini adalah antara ciri yang paling penting sekali. Sebab apa, sudah tentu anda akan mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjadi pendorong iman anda suatu hari nanti.
Selain itu, lelaki seperti ini boleh membimbing anda ke arah kebaikan iaitu ke jalan yang diredhai oleh Allah. Orang yang cukup pegangan agamanya tak mudah untuk berbohong dalam perhubungan dan mereka sering jujur dalam semua hal. Insya-Allah.
2. Lelaki yang berilmu dan berpendidikan
Ilmu itu penyuluh dalam kehidupan. Jadi, sebab itulah anda mesti berusaha untuk mencari ilmu seberapa banyak yang boleh. Ilmu juga tidak datang akan bergolek menghampiri kita, kalau kita sendiri tidak mencari. Pepatah ada menyebut, “Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Liang Lahad”.
Tanpa ilmu di dada macam mana kita hendak mencatur kehidupan yang penuh dengan pelbagai dugaan ini? Tanpa ilmu juga, macam mana nak jadi ketua keluarga yang baik kelak. Sungguhpun begitu, jangan salah sangka, orang yang berilmu tidak semestinya harus mempunyai segulung PHD dan  baru dikatakan manusia berilmu. Cubalah belajar dan manfaatkan apa yang ada di sekeliling anda.
3. Seorang yang Penyayang dan Penyabar
Sifat penyayang yang semulajadi daripada lelaki itu sendiri. Bukan hanya dibuat-buat untuk ditunjukkan pada khalayak ramai sahaja. Lelaki yang penyayang biasanya akan menjadi suami yang baik serta penyayang kepada keluarga dan anak-anak anda kelak.
Paling penting, lelaki itu bukan jenis yang panas baran dan suka marah tanpa sebab. Mereka mestilah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan masalah. Selagi masalah itu boleh diselesaikan selagi itu dia boleh berfikir secara rasional.
4. Romantik dalam perhubungan
Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukan gatal atau miang,  sebaliknya lelaki romantik adalah yang pandai mengambil hati serta bijak menggunakan kata-kata. Mereka mampu berbicara dan menyampai sesuatu dengan baik. Tidak membuatkan anda pening dengan gaya bahasanya. Bahkah ketika anda tidak mendengarkan ceritanya, anda akan berasa rindu yang cukup hebat kepadanya.
5. Berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap
Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan pada zaman sekarang. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja.
Tetapi, sebagai lelaki biasa, anda tidak perlu gusar. Masih ada wanita yang menyukai diri anda seadanya asalkan anda adalah lelaki yang bermasa depan cerah. Anda rajin berusaha, sentiasa optimis dan berfikiran positif dengan kelebihan serta kekurangan yang dimiliki. Lelaki seperti ini menunjukkan bahawa dia sangat bertanggungjawab atas kehidupannya dan hidup orang yang disayangi. Bahkan tidak akan mengeluh tentang pekerjaannya kerana menyedari bahawa untuk berjaya, dia perlu lebih berusaha dan bekerja keras.
Apakah anda sudah berjumpa atau kenal dengan lelaki yang memiliki semua ciri di atas? Atau mungkin pasangan anda? Biarpun kebanyakan wanita tidak berjaya untuk memiliki lelaki seperti yang diharapkan, seperti ciri-ciri yang tertera itu semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook