FOLLOW ADMIN/EDITOR >

Cabaran Ibubapa Cemerlang Mendidik Anak

/
0 Comments

petua ibu bapa cemerlang - women online magazine
( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Pasti banyak cabaran untuk menjadi ibu bapa ini, maka anak-anak kenanglah jasa ibu bapa anda semoga hidup anda di berkati ..
Bukan senang mendidik anak-anak supaya menjadi seorang anak yang hebat. Tambahan pula, ibubapa hari ini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk membesarkan anak-anak dalam dunia yang serba moden.
Terlalu banyak unsur-unsur negatif berada di sekeliling ini berbanding yang positif. Jadi, ibubapa harus bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak mereka dengan baik tanpa dijangkiti elemen-elemen negatif.
Bagaimana menjadi ibubapa cemerlang? Apakah yang dimaksudkan ibubapa cemerlang? Ibu bapa cemerlang adalah ibubapa yang sukses mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat.
Antara ciri-ciri ibubapa cemerlang ialah:
1.    Membahagikan Masa dengan Anak-Anak
Paa masa kini tuntutan nafkah amatlah penting bagi memastikan anda dan keluarga dapat meneruskan hidup. Kebanyakan suami isteri mengambil keputusan untuk sama-sama bekerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, terutama kepada pasangan yang menetap di kota metropolitan.
Biarpun terpaksa bergelumang dengan kesibukan serta kepenatan, sebagai ibubapa yang cemerlang, anda hendaklah bijak menguruskan masa. Apatah lagi, jika anda itu sedang meningkat remaja. Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa. Peralihan ini mungkin sukar bagi sesetengah remaja dan juga ibubapa. Pelbagai risiko menanti, dan pada ketika inilah pentingnya peranan ibubapa.
Remaja sentiasa perlukan sokongan, panduan dan juga perhatian daripada ibubapa  sama seperti kanak-kanak juga. Cuba luangkan masa dengan anak-anak dengan cara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan usia serta minat mereka. Anda mungkin boleh mengajak mereka menonton wayang bersama-sama, bermain boling ataupun bersenam sebagai sebuah keluarga yang bahagia.
Pendengar Setia kepada Anak-Anak
Anak-anak juga seperti kita. Mereka juga mempunyai masalah mereka yang sendiri, terutama perempuan. Tidak kira melibatkan pembelajaran, hubungan sosial dan sebagainya.
Untuk menjadi ibubapa cemerlang, anda hendaklah sentiasa mendekati mereka dan ambil tahu setiap permasalahan mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang akrab berasaskan kasih sayang.
Walaupun agak payah untuk memulakannya, tetapi komunikasi antara ibubapa dan anak sangat penting. Anda harus mengambil inisiatif untuk terus berkomunikasi. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Bercakap dengan mereka, bukannya kepada mereka!
2.    Imbangkan Pendidikan Akademik dan Agama
Sebagai ibubapa yang cemerlang, anda juga perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak supaya mereka tahu bahawa pelajaran/pendidikan itu sangat penting bagi anda. Remaja yang mempunyai wawasan hidup dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berpontensi untuk merosakkan masa depan mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Kesimbangan antara pendidikan dunia dan akhirat sangat penting untuk meraih kejayaan serta kebahagiaan hidup. Pendidikan agama penting untuk membentuk jati diri dan akhlak mulia di jiwa anak-anak. Ramai ibubapa yang lalai dalam mendidik anak-anak ilmu agama dan menganggap ia tidak penting sedangkan keimanan dalam diri anak-anak sangat penting agar mereka tidak tersesat apabila dewasa nanti.
Anak yang hebat di dalam bidang akademik dan agama adalah insan yang cemerlang dan mulia.
3.    Tunjukkan Contoh Terbaik di Depan Anak-Anak
Sebenarnya ibubapa adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak. Bagi mereka ibubapa adalah mentor kepada mereka. Segala gerak-geri serta perbuatan yang anda lakukan di depan anak-anak, terutama pada yang masih kesil pasti akan ditiru mereka.
Sebagai ibubapa, tunjukkan sikap yang positif di depan anak-anak. Elakkan bergaduh di depan anak-anak kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada psikologi mereka. Elakkan juga menunjukkan perkara buruk  seperti merokok, mengabaikan ibadat dan sebagainya.
Berikan mereka kasih sayang, tunjuk akhlak yang baik  dan ajarkan juga mereka nilai-nilai positif agar anak-anak itu menjadi seorang manusia yang anda inginkan.
4.    Bersikap Adil
Antara ciri-ciri ibu bapa cemerlang ialah bersikap adil dengan semua anak .Bahkan Islam sendiri melarang ibubapa membeza-bezakan kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Sebaliknya, ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik, mengajar dan memberi sesuatu dengan adil kepada setiap anak.
Setiap daripada kita dilahirkan berbeza di antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan anak-anak. Ada yang sempurna sifatnya, ada pula yang tidak, ada yang bijak pandai, mendengar kata. Tak kurang juga yang nakal serta sukar untuk dikawal.
Sungguhpun begitu, layanlah mereka dengan adil saksama. Elakkan daripada bersikap suka membezakan kasih antara mereka kerana ia kesan negatif  yang mendalam di jiwa anak-anak. Mereka mungkin akan berasa  iri hati, dengki, rendah diri, benci serta dendam terhadap adik-adik beradik termasuk juga anda.
Jadi, jangan biar sampai anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dalam keluarga anda!
Sebaiknya jadilah ibu bapa cemerlang kepada anak-anak anda. Ingatlah sesungguhnya anak ialah anugerah dan tanggungjawab yang Allah berikan kepada  anda. Jadi, gilaplah anak anda agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Jangan pernah berhenti untuk mendoakan anak-anak kita menjadi generasi yang soleh/solehan serta berakhlak mulia.
Kredit foto kepada wtop



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook