FOLLOW ADMIN/EDITOR >

6 Alasan Wajib Anda Tahu, Kenapa Lelaki Curang

/
0 Comments
alasan lelaki curang - women online magazine
( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Si dia yang kamu sayangi adalah lelaki curang? Sejauh mana kebenaran itu, ketahuinya di sini…
Cubalah anda ingat-ingatkan kembali, sepanjang anda menjalinkan hubungan dengan si dia, sudah berapa kalikah anda dibohonginya semata-mata dia mahu mendapatkan kelonggaran waktu untuk bersama wanita lain?
Sekali, dua kali, atau lebih? Sehebat dan sekerap manakah pembohongan tersebut sehingga anda masih sedia memberikan kemaafan kepada lelaki curang sepertinya itu?
Anda harus sedar, bahawa ketika seseorang lelaki itu berlaku curang, ini bermakna dia merasakan hidupnya sudah tidak bahagia lagi. Sungguh pun begitu, ada juga lelaki yang melakukan perkara ini meskipun hubungan cintanya berjalan lancar.  Jadi, apakah sebenarnya alasan ‘lelaki curang’?
 Antara alasan lelaki curang:
1.    “Saya sudah tidak mencintainya lagi.”
Setelah sekian lama bersama, biasanya lelaki akan kehilangan rasa cinta terhadap pasangannya. Sebahagian lelaki mengalaminya hanya untuk sementara waktu, dan mengalihkan perhatian dan hati mereka pada perempuan lain. Daripada kebanyakan kes yang terjadi, akibat kecurangan sesaat ini, para lelaki akhirnya benar-benar kehilangan pasangan mereka!
2.    “Saya ingin membalas perbuatan curangnya.”
Lelaki cenderung mengubati kekecewaannya dengan melakukan hal yang sama. Jika anda pernah berlaku curang, jadi tidak harian jika si dia akan melakukan hal yang sama. Perbuatan ini dilakukan demi untuk menyamakan kedudukan.
3.    “Si dia terlalu cerewet dan suka membebel.”
Wanita cenderung cerewet, kuat membebel terutama menghadapi ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang tidak disukai. Kebiasaan ini boleh mengundang sakit kepala para lelaki. Keadaan ini juga mendorong lelaki mencari teman rapat yang boleh memahami dirinya.
4.“Saya tergoda.”
Kebanyakan lelaki tidak dapat bertahan pada godaan ‘seks’ jika ada perempuan yang mengajaknya ‘dating’.  Jadi, dia akan mempunyai kesempatan untuk melakukannya, maka kecurangan itu pun tidak boleh dihindari.
5. “Wanita cukup mudah untuk memaafkan.”
Mungkin ada benarnya, kebanyakan wanita cepat memaafkan ketidaksetiaan pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika cinta menjadi alasannya. Fakta inilah yang kerap dimanfaatkan oleh orang lelaki. Berbohong, meminta maaf  lalu semuanya akan kembali menjadi normal seperti biasa.
 6. “Si dia tidak lagi mampu membahagiakan saya.”
‘Long term relationship’, ataupun ikatan perkahwinan cenderung mengundang kebosanan. Bagi lelaki, keadaan ini menyebabkan dia tidak peduli lagi pada pasangan, seperti di tahun pertama menjalinkan hubungan cinta. Situasi ini juga menyebabkan lelaki melakukan terapi dengan mendekati perempuan lain untuk membangkitkan rasa cintanya.
Kenali potensi tersebut dalam perhubungan anda. Jika ada, atasi dengan bijak. Sungguh pun begitu, tidak ada jaminan pasangan anda akan bebas daripada jerat kecurangan. Saling menghargai dan berpegang pada komitmenadalah cara yang paling berkesan untuk mempertahankan sebuah perhubungan.
Kredit foto: Salud180


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FOLLOW ADMIN/EDITOR >
Informasi Malaysia Kini. Powered by Blogger.

Like us on Facebook